Pages

Wednesday, April 20, 2011

Tiada Rahsia Antara Kita

Kisah Uda Dan Dara, Tiada Rahsia Antara Kita

BEGINI KISAHNYA..
Selama 8 thn Erina & Johan berhubung melalui internet dan banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan. Selama itu jugalah, gurau senda, gaduh mencemuh, dah sebati dlm diri mereka.
Erina gadis U yang cantik dan berkulit gebu, berketerampilan metured & tegas. Tak hairanlah ramai yang cuba memikat & pada waktu itulah Johan tlh menjadi Johan di hati Erina.
Ini kerana Johan juga x kurang hebatnya, dgn tubuh yang tegap, berstail dan cerdik, ramai juga perempuan tergila-gilakannya.

Akan tetapi Erina mengambil keputusan untk melanjutkan pelajarannya di Nevadalas Vegas, manakala Johan pula terpaksa mengendali syarikat milik arwah bapanya, kerana tertakluk dlm wasiat dan tidak mahu menderhaka, Johan akur dengan semua ketentuannya.
Kini waktunya telah tiba, Erina kembali ke tanah air.
Dengan teruja Johan menjemput kekasihnya di airport. Setelah sekian lama tidak bersua muka, bermacam-macam andaian & kemungkinan bermain di kepala kedua mereka. dari jauh Erina melambai dan dgn senyuman di sambut oleh Johan.
Tanpa berlengah Johan membawa Erina ke hotel untuk berborak-borak di cofee house,
“Nak makan”, tanya Johan.
“U order untuk I & I order untuk U “jawap Erina. deal!!! sambil bergurau senda (maklumlah lama x jumpa)
Pesanan pun tiba. Steak untk Johan dan spagethee untk Erina.
Sedang mereka asyik bersantap, tiba-tiba…
”KTING”
Sesuatu jatuh dlm pinggan Johan….
Rupa-rupanya gigi palsu Johan terlepas kerana mengigit steak yang liat.
Erina tergelak, Johan pula tersipu malu.

Haha…”akhirnya terbongkar juga rahsia u kan?”.
Johan membisu kerana tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.
“Excuse me”, waiter dtg dgn membawa kipas,
Maaf tuan & puan aircond di cfhouse ni tetiba je rosak, tu yang saya bawakan kipas ni untk sementara waktu.
Johan & Erina menganguk tanda setuju.
Lalu kipas pun di buka dan tiba-tiba “sweing” rambut Erina terbang..

yes-yes!
Johan pun apalagi tergelak besarlah dia.
“Rupa-rupanya u pun berahsia juga”.

No comments:

Post a Comment