Pages

Wednesday, April 20, 2011

Jom Ke Seberang

Suatu hari Roslan sajer jungle trekking dalam hutan.Dan secara tidak sengaja dia menjumpai dusun buah-buahan yang seperti ditinggalkan. Oleh kerana yakin takde tuan, kerana jauh dalam hutan, Roslan pun belasahlah buah rambutan yang sedang masak ranum , kebetulan dia sedang dahaga sangat.

Dia makan rambutan dengan rakus sambil menjeling buah durian yang baru gugur. “Hmm lepas ni makan durian pulak!”

Tiba-tiba dia mendengar orang memanggil nama dia (suspen nih)


“Roslan! Roslan” kedengaran orang memanggilnya itu dari seberang sungai.

Dia memandang ke seberang sungai dan ternampak member kamceng dia, Rosli sedang bertenggek atas batu sambil melambai-lambai.

La, mamat ni ader jer..

Rosli: “Woi bro!, sinilah!”

Roslan yang sedang syok makan buah rambutan menjawab : “Pehal?” dengan kereknya.

Rosli: :Ke seberang sini la kejap, aku ada benda nak tunjuk pada ko!”

Roslan: “Pedia?” “Aku tgh syok makan rambutan nih! Kalau ko nak datang la ke sini!!!”

Rosli: “Weii ni benda best ni! Rugi kalau ko tak datang tengok!”

Oleh kerana desakan Rosli, Roslan dengan keberatan turun ke sungai sambil menjeling buah durian tadi sambil menelan air liur.

Dengan bersusah payah Roslan berenang ke seberang sungai yang besar tu untuk berjumpa dengan Rosli sehingga dia nyaris lemas dan bercalar balar badannya terkena batu.

Roslan :”Pehal ni Li?” sambil termengah-mengah dan basah kuyup.”Apa yang ko nak tunjuk dengan aku tadi?”

Rosli: “Hei Lan, tengok tu, banyak betul buah-buahan di seberang sungai sana tu kan….?”

Sambil menunjuk dusun yang Roslan pergi tadi…

No comments:

Post a Comment