Pages

Wednesday, April 20, 2011

Jom Ke Seberang

Suatu hari Roslan sajer jungle trekking dalam hutan.Dan secara tidak sengaja dia menjumpai dusun buah-buahan yang seperti ditinggalkan. Oleh kerana yakin takde tuan, kerana jauh dalam hutan, Roslan pun belasahlah buah rambutan yang sedang masak ranum , kebetulan dia sedang dahaga sangat.

Dia makan rambutan dengan rakus sambil menjeling buah durian yang baru gugur. “Hmm lepas ni makan durian pulak!”

Tiba-tiba dia mendengar orang memanggil nama dia (suspen nih)


“Roslan! Roslan” kedengaran orang memanggilnya itu dari seberang sungai.

Dia memandang ke seberang sungai dan ternampak member kamceng dia, Rosli sedang bertenggek atas batu sambil melambai-lambai.

La, mamat ni ader jer..

Rosli: “Woi bro!, sinilah!”

Roslan yang sedang syok makan buah rambutan menjawab : “Pehal?” dengan kereknya.

Rosli: :Ke seberang sini la kejap, aku ada benda nak tunjuk pada ko!”

Roslan: “Pedia?” “Aku tgh syok makan rambutan nih! Kalau ko nak datang la ke sini!!!”

Rosli: “Weii ni benda best ni! Rugi kalau ko tak datang tengok!”

Oleh kerana desakan Rosli, Roslan dengan keberatan turun ke sungai sambil menjeling buah durian tadi sambil menelan air liur.

Dengan bersusah payah Roslan berenang ke seberang sungai yang besar tu untuk berjumpa dengan Rosli sehingga dia nyaris lemas dan bercalar balar badannya terkena batu.

Roslan :”Pehal ni Li?” sambil termengah-mengah dan basah kuyup.”Apa yang ko nak tunjuk dengan aku tadi?”

Rosli: “Hei Lan, tengok tu, banyak betul buah-buahan di seberang sungai sana tu kan….?”

Sambil menunjuk dusun yang Roslan pergi tadi…

10 Gambar Yang Menggemparkan Dunia

Akhbar-akhbar perdana semalam memaparkan gambar porno seorang lelaki bertuala dengan wanita Cina. Apa aku nak cerita pada anak aku yang berumur 9 tahun bertanya hal tersebut? Mungkin gambar dari video porno tersebut boleh dijadikan legenda juga satu hari nanti.
Di bawah pula ialah 10 keping gambar yang menggemparkan dunia semasa kejadian tersebut. Kalau nak tahu lebih pasal kejadian-kejadian tersebut, pergi tanya dengan mak cik Wikipedia.
1.
Photobucket
Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.


2.
Photobucket
Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.

3.
Photobucket
Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .

4.
Photobucket
Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.

5.
Photobucket
Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.

6.
Photobucket
Gambar di atas di abadikan oleh 2 cameraman Peranchis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan seorang ayah Palestin, Jamal al-Durrah sedang mencuba untuk melindungi anaknya berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan tentera Israel. Dia memberikan signal kepada pasukan Israel untuk menghentikan tembakan namun tidak diendahkan oleh pengganas Israel.

7.
Photobucket
Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan di Soweto,Afrika Selatan pada tahun 1976. Ia ditembak mati dalam pembalasan Polis untuk protes mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan Hector sedang dibawa oleh rakannya sesama mahasiswa.

8.

Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 dimana gas beracun (MIC) telah dilepaskan oleh Union Carbide India Limited. Sekitar 40,000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh gas tersebut.

9.

Foto mengerikan yang menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam muda yang dituduh memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh kekasihnya.

10.

“Orang Yahudi Terakhir Vinnitsa”. Gambar menunjukkan seorang Yahudi berlutut di depan sebuah kuburan beramai-ramai sebelum ditembak oleh anggota sebuah regu maut Nazi SS paramiliter, Einsatzgruppe D.

I lurve New York



Memang dah tuah Rosli, dia memasuki pertandingan teka kacang dan mendapat tempat pertama yang hadiahnya ialah melancong ke New York.

Maka Rosli pun pergi ke New York bersendirian kerana pakej percuma tu hanya untuk seorang saja.
Selepas tiga jam jalan-jalan di bandaraya NY, Rosli mula haus dan masuk di sebuah bar di sana.

Oleh kerana hanya biasa minum di warung kopi dan memang tak pernah masuk bar, dia tak tahu nak order air apa.

Dia melihat seorang pemuda Mat Salleh dan mendengar pesanan mamat tu..

“Jack Daniels, single.”

Kemudian bartender memberikan segelas minuman.

Tak lama lepas tu, datang lagi pemuda lain:

“Johnny Walker, single.”

Bartender pun memberikan segelas minuman.

Ohh senang jer, bisik Rosli.

Maka dengan confident giler, Rosli mendekati bartender dan berkata:

“Rosli bin Ghani, married!”

Kenapa Lelaki Sentiasa Happy

Photobucket

Photobucket


Sumber : http://unblockyoutube.co.uk/go.php?a=3f77b587a52Bv8inzcdYaMznUIhLKEhMl5upzp%3D&b=3

Tiada Rahsia Antara Kita

Kisah Uda Dan Dara, Tiada Rahsia Antara Kita

BEGINI KISAHNYA..
Selama 8 thn Erina & Johan berhubung melalui internet dan banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan. Selama itu jugalah, gurau senda, gaduh mencemuh, dah sebati dlm diri mereka.
Erina gadis U yang cantik dan berkulit gebu, berketerampilan metured & tegas. Tak hairanlah ramai yang cuba memikat & pada waktu itulah Johan tlh menjadi Johan di hati Erina.
Ini kerana Johan juga x kurang hebatnya, dgn tubuh yang tegap, berstail dan cerdik, ramai juga perempuan tergila-gilakannya.

Akan tetapi Erina mengambil keputusan untk melanjutkan pelajarannya di Nevadalas Vegas, manakala Johan pula terpaksa mengendali syarikat milik arwah bapanya, kerana tertakluk dlm wasiat dan tidak mahu menderhaka, Johan akur dengan semua ketentuannya.
Kini waktunya telah tiba, Erina kembali ke tanah air.
Dengan teruja Johan menjemput kekasihnya di airport. Setelah sekian lama tidak bersua muka, bermacam-macam andaian & kemungkinan bermain di kepala kedua mereka. dari jauh Erina melambai dan dgn senyuman di sambut oleh Johan.
Tanpa berlengah Johan membawa Erina ke hotel untuk berborak-borak di cofee house,
“Nak makan”, tanya Johan.
“U order untuk I & I order untuk U “jawap Erina. deal!!! sambil bergurau senda (maklumlah lama x jumpa)
Pesanan pun tiba. Steak untk Johan dan spagethee untk Erina.
Sedang mereka asyik bersantap, tiba-tiba…
”KTING”
Sesuatu jatuh dlm pinggan Johan….
Rupa-rupanya gigi palsu Johan terlepas kerana mengigit steak yang liat.
Erina tergelak, Johan pula tersipu malu.

Haha…”akhirnya terbongkar juga rahsia u kan?”.
Johan membisu kerana tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.
“Excuse me”, waiter dtg dgn membawa kipas,
Maaf tuan & puan aircond di cfhouse ni tetiba je rosak, tu yang saya bawakan kipas ni untk sementara waktu.
Johan & Erina menganguk tanda setuju.
Lalu kipas pun di buka dan tiba-tiba “sweing” rambut Erina terbang..

yes-yes!
Johan pun apalagi tergelak besarlah dia.
“Rupa-rupanya u pun berahsia juga”.

Monday, April 11, 2011

Kawanan ikan yang menakjubkan di pantai Acapulco.

Di laporkan di tepi pantai Acapulco hujung pekan ini dipenuhi dengan ribuan ikan yg kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas. Ribuan sardin, bass teri, mackerel dan berbagai lagi ikan kelihatan di sepanjang pantai resort Mexico dalam suatu masa diyakini berkaitan dengan tsunami yang berlaku di Jepun.
Ramai nelayan bergegas keluar dari kapal nelayan mereka,  meninggalkan pukat dan jaring dengan hanya menangkapi ikan dengan menggunakan baldi.


Description: A man photographs a shoal of sardines off the shore of Acapulco
Seorang lelaki mengambil gambar ikan di tepi pantai Acapulco, Mexico

Description:
 Fishermen flocked to the water to take advantage of the surge
Nelayan mengambil kesempatan dengan cuba menangkap seberapa banyak ikan

Description: Some experts believe the phenomenon is directly related to the Japanese tsunami
Segelintir pakar menganggap kejadian ini ada kaitan dengan Tsunami di Jepun 

Description: Fishermen in Acapulco say they have never see such large schools of fish so close to the coast
Nelayan berkata mereka tidak pernah melihat sekumpulan ikan yg begitu banyak

Description: The fish were so tightly packed they looked like an oil slick from above
Ikan-ikan kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas


Description: Some bathers steered clear of the mysterious event and kept out of the water
Beberapa pengunjung di pantai beredar dari pantai akibat kejadian misteri ini


Pergh!!!!! dapat tangkap 1000 kilo pun jadi la...  4 bulan dapat makan free.. hehehehehe.. :-P

Friday, April 8, 2011

Gaji oh Gaji!!!!!!

Ari ni dapat gaji.... yeay!!! yeay!!! Dapat gaji... setelah sekian lama menunggu.... akhirnya.... yuhuuuu!!!!!!!!!!!!!!  sbb bulan Feb... gaji aku skit je... bulan Mac punye lebih skit.... yeehaaaa...!!!!!
.
..
...
....
.....
....
...
..
.
tapi......
kegembiraan ini hanyalah seketika..... kerana... setelah di tolak tambah, di darab bahagi dengan macam hal.... gaji aku tinggal Rm 300.... waaaa..............!!!!!!!!!!!!!!! jahanam aku.... nyesal plak rasenye pakai kreta..... aduyai... tpi akan ku tempuhi dengan tabah.....tepakse la makan pasir.... hahahahahaa.....
padan muke aku........



p/s : Jahanam aku!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, April 3, 2011

Alahai Apek




Lokasi di dalam sebuah kedai runcit.
Apek: Itu potong zaka ada bagut ka ?
Ali : Manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo..
Apek: ?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem..
Ali : Apa probrem ?
Apek: Manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance tatak bagut.. manyak cinang semputloh..
Ali : Cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong.. tada apa problem.. bini saya manyak puas woo..
Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?
Ali : Ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo.. Lu lagi lambat pancut..
Apek: ???!!! Err..lu punya 1.3 atau 1.5 ??
Ali : ??!! Woi apek cakap baik2 sikit ha.. saya punya 6 incila..
Apek: ??! Tiu nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci..
Ali : Cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk "burung"..)
Apek: Chee sin punya olang..gua tanya baik-baik lu tunjuk lu punya lancau..
Ali : Abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la..
Apek: Saya tatak tanya sama lu punya lancau.. saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka.. molo punya olang..
Ali : Aiya.. apek.. lain kali lu sebut betul2 la.. kasi susa saja.. bukan potong zaka la.. proton saga.. cinabeng btulla..

Arsenal sedia tawar 10 juta pound untuk Baines sekiranya Clichy berpindah


Arsenal sedang siap sedia mencari pengganti Clichy setelah prospek hangat Arsenal itu dikatakan enggan menandatangani kontrak terbaru yang di tawarkan oleh Arsenal.

Sportsmail mengatakan Wenger bimbang dengan keadaan terkini Clichy yang dikatakan tidak mahu menandatangani kontrak terbaru Arsenal dan Clichy bakal menjadi "free agent" pada musim panas nanti.Clichy pula mengatakan dia akan berbincang mengenai kontrak tersebut setelah musim 2010-2011 tamat.

Kini Wenger mengalih perhatian untuk mencari pengganti Clichy.Leighton Baines,pemain Everton telah dikenal pasti sebagai pemain yang bakal dipilih Arsene Wenger.

Arsenal juga melihat kepada pilihan lain iaitu pemain bek kiri Celtic,Emilio Izaguirre namun dengan pengalaman dan persembahan Baines pada musim ini,Wenger lebih tertarik dengan Baines.Sumber Arsenal menyatakan kepada SportsMail:

"Baines is a good defender first and foremost but Wenger likes how  comfortable he is on the ball, particularly his delivery and set pieces. Wenger thinks Baines would slot straight into the team with little fuss. Also Baines knows the Premier League inside and out so he would not have to get used to English football like a foreign signing would"



Namun begitu,mendapatkan pemain seperti Baines mesti memerlukan dana perpindahan yang banyak.Itu tergantung kepada Arsenal untuk menentukan dana perpindahan tersebut.

Arsenal datang Malaysia?? WoW...



PETALING JAYA: Local football fans of the English Premier League (EPL) are in for a fantastic treat in July!

Three of the Big Four of the EPL – Arsenal, Chelsea and Liverpool – will be in town for a 10-day EPL Festival. However, the exact dates have yet to be confirmed.

The three teams will take on the national side on three different dates in July.

Football fans can look forward to seeing the likes of Frank Lampard, Fernando Torres and David Luiz (Chelsea); Cesc Fabregas, Samir Nasri and Robin van Persie (Arsenal); and Steven Gerrard, Raul Meireles and Luis Suarez (Liverpool) in action.

This will be the first time that three top English clubs will be in town since the inaugural FAPL Asia Cup in 2003. Then, the teams who came were Birmingham, Newcastle and Chelsea.

Chelsea chief executive Ron Gourlay had announced last year that they would be in Kuala Lumpur and Bangkok in July for their Chelsea Asia Tour 2011.

Chelsea’s Asia Tour programme in Kuala Lumpur would include a friendly game against the national team at the National Stadium in Bukit Jalil, an open training session for the fans and community coaching programmes.


Petikan dari The Star.

Kalau berita ini menjadi kenyataan,ini bermakna peminat peminat Arsenal dapat berjumpa secara live dengan pemain pemain bintang Arsenal seperti kapten,Cesc Fabregas,Samir Nasri,Robin Van Persie dan sebagainya.Namun begitu,Arsenal masih lagi memberi kata putus.Hanya Chelsea sahaja yang memberi jawapan untuk beraksi di Malaysia.Kita berharap Arsenal memberikan jawapan positif.


p/s:Nak laser dekat muka Manuel Almunia kalau dia beraksi!



Sumber : http://arsenalmalaysia.blogspot.com/

Arsenal semakin hampir untuk dapatkan pemain muda Sweden


 Kenal siapa budak diatas?Sudah tentu Arsenal mahukan budak muda.Mana ada Wenger mahukan pemain tua kerangka macam Carlos Puyol itu kan?Budak ini berumur 15 tahun dan bernama Kristoffer Olssan yang kini bermain untuk IFK Norkoping.

Budak ini bukan calang calang orang.Yuran perpindahan nya sahaja mampu mencecah 200,000 ribu pound yang sama nilai gaji Yaya Toure seminggu.Olsson ini pernah dipanggil oleh Arsenal untuk mencuba nasib pada Februari yang lalu.Nasibnya baik kerana bakat nya telah dipandang tinggi oleh Arsene Wenger.

Ketika mencuba nasib di Arsenal,dia bermain untuk Arsenal bawah 16 tahun ketika Arsenal bertemu pasukan Crystal Palace bawah 16 tahun.Mengikut pengarah urusan Norkoping,persetujuan masih lagi dibincangkan dan nampaknya pemain muda ini akan menuju ke Arsenal.



Rahsia Wanita



Memang sukar lelaki untuk mengetahui isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan kadang-kadang sukar untuk diteka. Kadang-kadang hari ini pilih A tapi esok boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya :

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang berdiam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap buat-buat tak layan seolah-olah tidak berminat,tetapi sebenarnya dia akan menjerit kegembiraan dan tak sampai sepuluh minit,semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan bertanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat gambar bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengurat kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise kepadanya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.