Pages

Thursday, March 3, 2011

Henry : Saya ingin kembali ke Arsenal suatu hari nanti

Bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry berkata bahawa dia tidak boleh membuang Arsenal dari dirinya dan dia mengharapkan agar dapat kembali ke utara London.

Henry kini bermain di Liga Bolasepak Major bersama New York Red Bulls, merupakan penjaring terbanyak Arsenal sepanjang masa dengan 226 gol tetapi meninggalkan kelab untuk Barcelona pada 2007 dan berhijrah ke US selepas 3 musim di Spanyol.

"Saya sayang kelab ini. Malangnya seperti yang kita ketahui saya perlu meninggalkannya kerana beberapa sebab seperti yang telah saya katakan beberapa kali tetapi, walaupun saya meninggalkan Arsenal, tidak sesekali saya melupakannya.

"Setiap kali saya kembali saya rasakan seperti kembali ke kampung halaman, ia sebuah keluarga yang besar dan saya telah menjadi seorang peminat kepada kelab ini.

"Saya tahu bagaimana rasanya dapat menewaskan Manchester United, saya memahami bagaimana bermaknanya ia kepada para penyokong apabila kami bermain menentang Tottenham, saya fahami kesemuanya. Anda tidak memperolehinya dalam masa satu atau dua tahun tetapi anda perlu tinggal dan bernafas di Arsenal untuk memahaminya.

Henry trained with Arsenal and maintains a close friendship with Arsène Wenger who, he said, would be a tough act to follow as manager. However, he would like his name to be in the frame.
Henry telah menjalani latihan bersama Arsenal dan mengekalkan keakrabannya bersama Arsene Wenger yang baginya sesuatu perlu di dalami untuk didalami sebagai pengurus. Bagaimanapun, dia mahu namanya diabadikan.

"Tanpa saya sedari, kalau boleh saya mahu kembali ke sana. Saya harap suatu hari nanti saya akan kembali, saya menyayangi kelab itu dan saya mahu memberikan sebanyak mungkin untuk kelab ini, setelah apa yang telah diberikan oleh kelab itu kepada saya," kata Henry.

"Saya tahu jika suatu hari nanti Arsene akan meninggalkan Arsenal ia pasti menjadi satu perkara yang amat dikesali, saya tidak dapat fikirkan siapa yang mampu untuk menggantikan tempatnya. Ia pasti sukar. Bukan sahaja mengenai kejuaraan tetapi mengenai apa yang telah dilakukannya dan untuk kelab serta bagaimana dia menukarkan cara pengurusan kelab.

"Dennis Bergkamp, Patrick Vieira dan Tony Adams merupakan sebahagian darinya dan saya amat pasti, jika anda tanya mereka samada mereka berminat untuk kembali dan lakukan sesuatu kepada kelab, mereka semua sudah tentu akan mengatakan 'ya'. Tapi andai suatu hari, mereka memerlukan khidmat saya, saya telah berjenaka bahawa andai saya kembali sebagai pembawa perkakasan ataupun seorang pembuat air, saya tidak kisah. Saya hanya mahu kembali suatu hari nanti. Bila itu saya tidak tahu - saya hanya mahu kembali."

Mengenai kemarau trofi, Henry mengatakan bahawa legasi Wenger lebih kepada permainan bolasepak bergaya sebagaimana kemahuan untuk mendapatkan trofi.

"Jika anda bercakap dengan mana-mana peminat Arsenal, atau pun yang bukan merupakan peminat Arsenal, mereka akan katakan bahawa mereka akan menonton Arsenal kerana mereka tahu bahawa mereka akan melihat permainan bolasepak sebenar, " katanya.

"Itulah yang telah dilakukan oleh Johan Cruyff untuk Barcelona. Dia membawa mentaliti serangan, sebagaimana cara di Belanda, bermain dengan sayap-sayapnya, bermain di atas rumput dan Arsene melakukan perkara yang sama.

"Untuk melakukannya anda harus memberikan kredit kepada kelab juga kerana anda memerlukan pengurus anda untuk jangka masa yang panjang. Anda tidak boleh mempunyai pengurus untuk 5 tahun dan menjangkakan dia akan meletakkan identitinya pada kelab tersebut.

"Arsene telah melakukannya. Dia berjaya dan kelab juga cukup bijak untuk melihat apa yang dilakukannya dan memberikan dia masa untuk membina sesuatu dan semua orang mengatakan mengenai 'cara Arsenal' bermain dalam perlawanan dan ia hanyalah kerana dia."

Salah seorang pemain yang menarik perhatian Henry dengan kebolehan bermain dengan cara tersebut pada musim ini adalah pemain tengah berusia 19 tahun, Jack Wilshere. "Saya tidak mengatakan bahawa saya terkejut kerana saya tahu dia sangat berbakat tetapi saya akan katakan bahawa dia lebih matang berbanding penampilannya pada peringkat ini."

"Dia sangat baik ketika mendapat bola dan dia tidak takut untuk mengekalkan bola terus berada di kakinya. Dia mempunyai visi yang hebat semasa bola bersamanya, dialah pemain Arsenal - yang bermaksud dia mahu bermain dengan hantaran pendek, visi yang sangat hebat. Apa yang lebih menarik untuk para pemain di England adalah dia seorang yang berbangsa inggeris. Ia merupakan kejutan yang besar buat mereka."

No comments:

Post a Comment