Pages

Sunday, March 6, 2011

Final Pertandingan Catur Yang Mendebarkan



Beberapa tahun yang lalu diadakan pertandingan catur peringkat sekolah.
Sungguh tak disangka Rosli dan Roslan dapat melangkah ke final.
Ditengah-tengah pertandingan, suasana jadi sepi. Seluruh penonton menunggu pergerakan lanjut dari strategi para peserta.

5 minit berlalu…. Rosli dan Roslan dilihat sedang berfikir dengan serius..

10 minit berlalu…. peserta final tu masih dilihat sangat concentrate diiringi sesekali menjeling sekilas pada lawannya..!!!

…20 minit berlalu… peluh mulai menitik dari dahi Rosli dan Roslan yang kelihatan semakin serius berfikir..

Setelah 30 minit berlalu… para penonton kelihatan mula rasa tidak sabar kerana satu buah catur pun belum juga digerakkan..

Suasana menjadi tegang dan hening seketika, maklum ini adalah perlawanan akhir.
Hingga pada minit ke 45 :

Rosli : ” Maaf ya Pengadil … sekarang ni giliran siapa yang jalan???”

Roslan : “La… aku pun baru nak tanya, sekarang giliran sapa ..?!!!”

Penonton :”@@#$$$#^#%????”

1 comment:

  1. dh kira half time tu..hahahaha..nasib la dia tnya klau x tggu smpai sudah la..

    ReplyDelete