Pages

Monday, March 7, 2011

Berjuang demi negara




Para pemain pasukan Olimpik Malaysia dinasihatkan supaya beri tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakkan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Lahore, Rabu.

Nasihat ini diberikan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Azzuddin Ahmad ketika menemui para pemain di Wisma FAM, pagi Isnin.

Malaysia memenangi perlawanan pertama 2-0 pada 23 Februari lalu di Stadium Shah Alam.

“Izinkan saya beri sedikit nasihat, tumpukan perhatian kepada perlawanan menentang Pakistan dan jangan biarkan hal-hal lain menganggu   konsentrasi,” kata Dato’ Azzuddin yang turut mengingatkan pemain supaya sentiasa mengekalkan semangat berpasukan.

“Ini adalah misi nasional untuk pemain dan pegawai. Berjuanglah demi negara,” kata beliau lagi.
Selepas mendengar nasihat dan pesanan Setiausaha Agung, pasukan Olimpik terus bertolak ke KLIA untuk perjalanan menuju ke Lahore, Pakistan.

Sumber : http://www.fam.org.my/

No comments:

Post a Comment