Pages

Wednesday, March 16, 2011

I'm Back...... Jens Lehmann

seringkali bertindak pantas menyelamatkan pintu gol

Our former goalkeeper will back...??? Wow.. Ini berita yang sangat mengejutkan. Jens Lehmann, bekas penjaga gol Arsenal dan Jerman dikhabarkan bakal membuat penampilan bersama Arsenal bagi menyelamatkan krisis penjaga gol. Lehmann merupakan salah seorang penjaga gol yang cemerlang sebelum jersi No 1 bertukar milik kepada Almunia dek kemerosotan prestasi sebelum meninggalkan Arsenal untuk ke kelab Stuttgart. Lehmann kini telah mengumumkan persaraan sejak 9 bulan yang lalu.

Bye.. Bye.. Lambaian terakhir sebelum meinggalkan Arsenal

Namun begitu, Lehmann begitu teruja dan gembira sekiranya Arsene Wenger sedia memanggil beliau untuk menyelesaikan masalah di posisi penjaga gol. Adakah ini membuktikan Wenger tidak lagi yakin dengan kemampuan Almunia. Ketika Lehmann mengalami kemerosotan prestasi, Almunia muncul sebagai pengganti dan telah menunjukkan persembahan yang amat memberangsangkan sehingga Lehmann hanya berada di bangku simpanan.

Namun kini, segalanya telah berubah. Kedudukan Almunia tidak kurang berbeza seperti keadaan Lehmann suatu ketika dahulu. Agak mengejutkan apabila berita mengenai kembalinya Lehmann ke pangkuan Arsenal walaupun hanya untuk seketika (mungkin sehingga Wojciech sembuh). Mungkin ini merupakan langkah berani mati Wenger kerana Arsenal ketika ini hanya mempunyai peluang untuk mendakap kejuaraan EPL.

Menjulang Piala F.A 2005

Begitupun, Arsenal masih lagi perlu berhadapan Liverpool (17 April, di Emirates), Spurs (20 April, di WHL) dan Man U (1 May, di Emirates). Ini merupakan perlawanan tumpuan yang mungkin akan menentukan Arsenal berjaya atau tidak membawa pulang kejuaraan EPL ke Emirates. Wenger sendiri meminta agar penyokong terus memberi sokongan kerana para pemain kini berada dalam situasi yang sukar digambarkan.

"I know this Arsenal team and I am sure we can go on and win the title. If I can play a part in that, so much the better,"

"It never crossed my mind that I might end up saving it [Arsenal's keeper crisis]. But when they asked me, I was more than happy to oblige,"

 "It was just over the last few days that they contacted me to see if I could help out for the rest of the season and I agreed straight away."

Ini merupakan kata-kata Lehmann yang menunjukkan beliau amat berbesar hati untuk kembali ke Arsenal. Sekiranya Lehmann benar-benar kembali, diharapkan beliau dapat memberi komitmen yang tinggi dan tidak mustahil sekiranya Henry akan membuat kejutan untuk kembali ke Arsenal.


Lehmann: Henry, aku nak blek Emirates.. Ko nak join tak..??
Henry: Erm.. Maybe la.. Ko pujuk Wenger yer.. hehehe
 
Sumber : Mr. Salleh Nasri(http://arsenalmalaysia.blogspot.com/)

Tuesday, March 15, 2011

Merokok Dapat Menyebabkan Apa?




Rosli melayan Roslan yang sedang menghisap rokok Dunhillnya

Rosli : Lan, lu tau tak merokok tu menyebabkan aper?

Roslan : Gua tau la lu dah stop merokok jangan nak menyindir bro..

Rosli : Tak gua tanya serius ni, rokok menyebabkan aper?

Roslan : Emm menyebabkan kanser paru-paru.

Rosli : Salah!


Roslan : Hah..? Salah? Menyebabkan mandul

Rosli : Bukan…

Roslan: Menyebabkan kaki rosak macam kat iklan kotak rokok ni..

Rosli : Banyaklah ko punya iklan, tu bagi warning tau tak! Tapi jawapannya tetap salah..

Roslan : Menyebabkan kencing manis agaknya…

Rosli : wakakakak, salahhhhh la weiii!

Roslan: Ok! gua surrender la, rokok menyebabkan aper?

Rosli : “MEROKOK ITU DAPAT MENYEBABKAN ASAP”

Roslan: Hampeh…! (sambil memberikan sedas ‘ameameha’ kepada Rosli)
:

Thursday, March 10, 2011

KENAPA REF BAGI RED CARD PADA RVP

Ini adalah sebab nye...




    


                          



hahahahaha.... REF bodo...-----> aku marah...

Monday, March 7, 2011

Berjuang demi negara




Para pemain pasukan Olimpik Malaysia dinasihatkan supaya beri tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan kedua pusingan pertama Kelayakkan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Lahore, Rabu.

Nasihat ini diberikan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Azzuddin Ahmad ketika menemui para pemain di Wisma FAM, pagi Isnin.

Malaysia memenangi perlawanan pertama 2-0 pada 23 Februari lalu di Stadium Shah Alam.

“Izinkan saya beri sedikit nasihat, tumpukan perhatian kepada perlawanan menentang Pakistan dan jangan biarkan hal-hal lain menganggu   konsentrasi,” kata Dato’ Azzuddin yang turut mengingatkan pemain supaya sentiasa mengekalkan semangat berpasukan.

“Ini adalah misi nasional untuk pemain dan pegawai. Berjuanglah demi negara,” kata beliau lagi.
Selepas mendengar nasihat dan pesanan Setiausaha Agung, pasukan Olimpik terus bertolak ke KLIA untuk perjalanan menuju ke Lahore, Pakistan.

Sumber : http://www.fam.org.my/

Arsenal - The Official Newsletter

Wenger: "Kami kekurangan sedikit ketajaman '



Walaupun kami tidak menang pada hari Sabtu saya berpuashati dengan prestasi pemain.

Saya rasa kami bertahan dengan baik, kami memberikan banyak fizikal tapi kami tidak mempunyai sedikit kreativiti dan ketajaman di bahagian serangan jadi kami tidak berjaya menghasilkan gol.

Kami mempunyai dua keputusan melawan kita juga dan mereka menghukum kita berat, terutama offside yang diberikan terhadap Andrey Arshavin di hujung babak kedua. Untuk menang 1-0 pada Sabtu lalu adalah penting dan satu-satunya yang boleh saya katakan adalah bahawa Andre tidak offside.

Arshavin boleh memiliki penalti pada awal babak kedua dan saya pikir dia melakukan hal yang betul untuk mencuba dan tetap berdiri. Tapi itu jelas bahawa Arshavin telah melepasi Titus Bramble dan Bramble menolaknya.

Sabtu lalu, permainan ke 46 kami musim ini dan saya tidak boleh menyalahkan sikap para pemain '. Memang benar bahawa kami mempunyai masalah untuk mencari kelancaran kami dan saya rasa Sunderland berjayamempertahankan serta kurangnya ketajaman serangan kami. Mereka menngikat rapat pemain dan kami melepaskan beberapa peluang dan kehilangan pemain ofensif yang boleh memberikan kesan.

Tapi saya fikir kita miliki lapan menang dan tiga seri dalam 11 perlawanan terakhir liga - jadi kami cukup konsisten dengan prestasi kami. Apa yang harus kita lakukan sekarang adalah fokus pada Selasa malam dan Barcelona.

Terima kasih atas sokongan anda.


Arsene Wenger

Sunday, March 6, 2011

Arsenal 0 - Sunderland 0

0 - 0



Ape lagi nak cakap???  Semalam lepas penat-penat main futsal..  nak tengok plak Arsenal menang. Tapi kesengalan datang pada Arsenal seperti biasa. Tiap kali ade peluang nak dekat ngan Man Utd. Arsenal jadi Arsengal(marah ni.. huhu)... ntah la.. Malas la nak cakap dah.. penat la salmah macam ni.. eh?? hehehe..  takpe2..  Arsenal still the best.. :-p

Final Pertandingan Catur Yang Mendebarkan



Beberapa tahun yang lalu diadakan pertandingan catur peringkat sekolah.
Sungguh tak disangka Rosli dan Roslan dapat melangkah ke final.
Ditengah-tengah pertandingan, suasana jadi sepi. Seluruh penonton menunggu pergerakan lanjut dari strategi para peserta.

5 minit berlalu…. Rosli dan Roslan dilihat sedang berfikir dengan serius..

10 minit berlalu…. peserta final tu masih dilihat sangat concentrate diiringi sesekali menjeling sekilas pada lawannya..!!!

…20 minit berlalu… peluh mulai menitik dari dahi Rosli dan Roslan yang kelihatan semakin serius berfikir..

Setelah 30 minit berlalu… para penonton kelihatan mula rasa tidak sabar kerana satu buah catur pun belum juga digerakkan..

Suasana menjadi tegang dan hening seketika, maklum ini adalah perlawanan akhir.
Hingga pada minit ke 45 :

Rosli : ” Maaf ya Pengadil … sekarang ni giliran siapa yang jalan???”

Roslan : “La… aku pun baru nak tanya, sekarang giliran sapa ..?!!!”

Penonton :”@@#$$$#^#%????”

Thursday, March 3, 2011

Henry : Saya ingin kembali ke Arsenal suatu hari nanti

Bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry berkata bahawa dia tidak boleh membuang Arsenal dari dirinya dan dia mengharapkan agar dapat kembali ke utara London.

Henry kini bermain di Liga Bolasepak Major bersama New York Red Bulls, merupakan penjaring terbanyak Arsenal sepanjang masa dengan 226 gol tetapi meninggalkan kelab untuk Barcelona pada 2007 dan berhijrah ke US selepas 3 musim di Spanyol.

"Saya sayang kelab ini. Malangnya seperti yang kita ketahui saya perlu meninggalkannya kerana beberapa sebab seperti yang telah saya katakan beberapa kali tetapi, walaupun saya meninggalkan Arsenal, tidak sesekali saya melupakannya.

"Setiap kali saya kembali saya rasakan seperti kembali ke kampung halaman, ia sebuah keluarga yang besar dan saya telah menjadi seorang peminat kepada kelab ini.

"Saya tahu bagaimana rasanya dapat menewaskan Manchester United, saya memahami bagaimana bermaknanya ia kepada para penyokong apabila kami bermain menentang Tottenham, saya fahami kesemuanya. Anda tidak memperolehinya dalam masa satu atau dua tahun tetapi anda perlu tinggal dan bernafas di Arsenal untuk memahaminya.

Henry trained with Arsenal and maintains a close friendship with Arsène Wenger who, he said, would be a tough act to follow as manager. However, he would like his name to be in the frame.
Henry telah menjalani latihan bersama Arsenal dan mengekalkan keakrabannya bersama Arsene Wenger yang baginya sesuatu perlu di dalami untuk didalami sebagai pengurus. Bagaimanapun, dia mahu namanya diabadikan.

"Tanpa saya sedari, kalau boleh saya mahu kembali ke sana. Saya harap suatu hari nanti saya akan kembali, saya menyayangi kelab itu dan saya mahu memberikan sebanyak mungkin untuk kelab ini, setelah apa yang telah diberikan oleh kelab itu kepada saya," kata Henry.

"Saya tahu jika suatu hari nanti Arsene akan meninggalkan Arsenal ia pasti menjadi satu perkara yang amat dikesali, saya tidak dapat fikirkan siapa yang mampu untuk menggantikan tempatnya. Ia pasti sukar. Bukan sahaja mengenai kejuaraan tetapi mengenai apa yang telah dilakukannya dan untuk kelab serta bagaimana dia menukarkan cara pengurusan kelab.

"Dennis Bergkamp, Patrick Vieira dan Tony Adams merupakan sebahagian darinya dan saya amat pasti, jika anda tanya mereka samada mereka berminat untuk kembali dan lakukan sesuatu kepada kelab, mereka semua sudah tentu akan mengatakan 'ya'. Tapi andai suatu hari, mereka memerlukan khidmat saya, saya telah berjenaka bahawa andai saya kembali sebagai pembawa perkakasan ataupun seorang pembuat air, saya tidak kisah. Saya hanya mahu kembali suatu hari nanti. Bila itu saya tidak tahu - saya hanya mahu kembali."

Mengenai kemarau trofi, Henry mengatakan bahawa legasi Wenger lebih kepada permainan bolasepak bergaya sebagaimana kemahuan untuk mendapatkan trofi.

"Jika anda bercakap dengan mana-mana peminat Arsenal, atau pun yang bukan merupakan peminat Arsenal, mereka akan katakan bahawa mereka akan menonton Arsenal kerana mereka tahu bahawa mereka akan melihat permainan bolasepak sebenar, " katanya.

"Itulah yang telah dilakukan oleh Johan Cruyff untuk Barcelona. Dia membawa mentaliti serangan, sebagaimana cara di Belanda, bermain dengan sayap-sayapnya, bermain di atas rumput dan Arsene melakukan perkara yang sama.

"Untuk melakukannya anda harus memberikan kredit kepada kelab juga kerana anda memerlukan pengurus anda untuk jangka masa yang panjang. Anda tidak boleh mempunyai pengurus untuk 5 tahun dan menjangkakan dia akan meletakkan identitinya pada kelab tersebut.

"Arsene telah melakukannya. Dia berjaya dan kelab juga cukup bijak untuk melihat apa yang dilakukannya dan memberikan dia masa untuk membina sesuatu dan semua orang mengatakan mengenai 'cara Arsenal' bermain dalam perlawanan dan ia hanyalah kerana dia."

Salah seorang pemain yang menarik perhatian Henry dengan kebolehan bermain dengan cara tersebut pada musim ini adalah pemain tengah berusia 19 tahun, Jack Wilshere. "Saya tidak mengatakan bahawa saya terkejut kerana saya tahu dia sangat berbakat tetapi saya akan katakan bahawa dia lebih matang berbanding penampilannya pada peringkat ini."

"Dia sangat baik ketika mendapat bola dan dia tidak takut untuk mengekalkan bola terus berada di kakinya. Dia mempunyai visi yang hebat semasa bola bersamanya, dialah pemain Arsenal - yang bermaksud dia mahu bermain dengan hantaran pendek, visi yang sangat hebat. Apa yang lebih menarik untuk para pemain di England adalah dia seorang yang berbangsa inggeris. Ia merupakan kejutan yang besar buat mereka."

Ledakkan meriam akan menentang syaitan


Gunners Ganas: Arsenal tak sabar temu United

LONDON: Arsene Wenger dengan wajah ceria menyaksikan Arsenal mudah mara ke suku akhir Piala FA, awal pagi semalam untuk bertembung kelab gergasi, Manchester United pada 12 Mac ini.

Tambahan, The Gunners juga kini terus menghambat The Red Devils dalam saingan memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pengendali berbangsa Perancis itu kini ghairah mahu merakamkan kemenangan berganda.


“Kami masih lagi dalam perlumbaan jika menang perlawanan berikut. Segala-galanya bergantung kepada kami,” kata Wenger.

Kemenangan Chelsea ke atas United tempoh hari turut membuka kembali saingan merebut gelaran, musim ini kerana Arsenal boleh memintas anak didik Alex Ferguson jika menang perlawanan berikutnya dan kemudian mengatasi United di Stadium Emi­rates pada 1 Mei ini.

Dalam perlawanan ulangan pusingan kelima, jaringan hatrik Nicklas Bendtner serta masing-masing satu daripada Marouane Chamakh dan pemain gantian, Gael Clichy membantu Arsenal membelasah Leyton Orient 5-0 buat mencari penawar duka selepas tewas kepada Birmingham dalam final Piala Liga, Ahad lalu. -Agensi.
Sumber: http://www.bharian.com.my/

Tuesday, March 1, 2011

Kumpulan Gangster Paling Bahaya Di Bumi


Aryan Brotherhood (AB,The Brand)Terdapat di penjara AS. Populasi kumpulan ini hanya 1% meliputi seluruh penjara AS
* 26% kes jenayah didalam penjara melibatkan pembunuhan banduan
* paling banyak ahli kumpulan ini ditemui di State Prison (California).
* untuk join kumpulan nie senang jer,anda harus membunuh seorang banduan
* sesiapa yang nak meninggalkan kumpulan ini akan dibunuh oleh member2 kumpulan
(tak payah quit la,kalau dah join)
* kegiatan jenayah plak,membunuh,peras ugut,kegiatan pelacuran,mengedar dadah,pembunuh upahan





 


Primeiro Comanda da Capital (PCC)
* terdapat di Brazil
* antara kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan di Brazil
* ditubuh pada 1993 oleh 8 orang (paling sedikit)
* menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) seperti balai polis,mahkamah mahupun bas awam
* pada tahun 2006 sebanyak 300 serangan dilancarkan ke kemudahan awam
* bayaran dikenakan kepada ahli kumpulan $27 didalam penjara,$270 di luar penjara
* sebaik sahaja anda diperkenalkan oleh ahli kumpulan,barulah anda layak mengganggotainya

 
 
 


Crips
* bermula pada 1969 oleh 2 budak berkulit hitam bernama Stanley William dan Raymond Washington
* berasaskan kepada kumpulan Black Panther (sila rujuk wikipedia.org)
* antara kumpulan yang berkuasa di AS pada hari ini
* keahlian sebanyak 30 000 yg terdapat di dalam dan di luar penjara
* kegiatan membunuh,merompak dan menjual dadah
* warna pakaian biru
* musuh kepada kumpulan Blood,kadang2 sesama sendiri pun bergaduh
* kumpulan ini terlalu besar sehingga merebak ke negara Kanada

 


* dianggotai oleh rakyat Guatemala,Honduras,Salvador dan negara di Amerika Syarikat tengah
* ditubuh pada 1980 untuk melidungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat
* kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol,Amerika Syarikat,Great Britain,Jerman dan Kanada
* bergiat dalam pengedaran dadah,penjualan senjata api,mencuri,kontrak pembunuhan
* terdapat 10 000 keahlian hanya di AS
* berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka didedahkan kepada pihak kerajaan
* rekod terbaru jenayah kumpulan ini meletupkan sebuah bas yang dipenuhi orang awam yang menyebabkan kematian 28 orang kanak2 termasuk wanita


Bloods
* bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips
* warna pakaian Merah
* bermula pada tahun 1972 bergerak perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A
* mempunyai organisasi dan taktik yang tersusun
* kegiatan jenayah hanya bertumpu pada mengedar dadah



Texas Syndicate (Texas 7)* terdapat di California State Prison
* musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood
* bangsa Hispanic(orang yg berasal dari Spanyol)tidak dibenarkan menjadi ahli
* anti Caucasian
* kebanyakan ahlinya imigrasi dari Mexico
* pada tahun 2000,mempunyai ahli sebanyak 1000 di dalam penjara,830 di luar penjara
* kegiatan lebih kepada kontrak pembunuhan,perjudian,peras ugut dan mengedar dadah



La Nuestra Familia
* kumpulan yang ditubuhkan oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California
* ditubuh pada 1968 dan musuh ketat kepada Mexican Mafia
* kegiatan yang dijalankan ialah mengedar dadah di penjara dan kegiatan pelacuran
* anda akan diberi masa 2 tahun dalam tempoh pemerhatian sebelum menjadi ahli
* ahli kumpulan ini mestilah memberi lebih pemerhatian kepada kumpulan daripada keluarga
* wanita tidak dibenarkan menjadi ahli



Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard)
* ditubuhkan oleh George Jackson pada 1966 di Marin County,California
* dianggotai oleh kaum American-African
* tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan AS
* memperjuangkan falsafah ekonomi Marxism
* pada hari ini jumlah anggota kumpulan meningkat ke 50 000
* kalau nak join yg penting anda seorang yang berkulit hitam



The Mungiki (Kenyan Mafia)
* takder kat benua Amerika,hanya ditemui di perkampungan di Nairobi,Kenya
* ditubuhkan sejak 1980
* menentang keras agama Kristian dan membenci pengaruh barat
* 50 org mati sejak kumpulan ini ditubuhkan
* mereka menyerang musuh dengan memotong kepala,memotong kemaluan (perempuan) dan mecacat anggota badan
* mempunyai hubungan di US,tapi so far takder bukti yang kukuh

KOPI MASIN

Kopi Masin. Kisah Sebuah Kebohongan Yang Terindah.



Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Akhirnya mereka duduk di sebuah restoran, tapi pemuda tadi sangat gugup untuk berkata apa-apa dan gadis cantik tersebut mula merasa tidak selesa dan bosan dan berkata, “Jom, kita balik..”


Tiba-tiba pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan,

“Boleh minta garam buat kopi saya?”

Semua orang yang mendengar memandang dengan penuh tanda tanya kepada pemuda tersebut.Muka pemuda tadi berubah menjadi merah, tapi tetap saja dia memasukkan garam tersebut ke dalam kopinya dan meminumnya.

Gadis cantik tersebut lalu bertanya, “Kenapa awak mempunyai hobi seperti ini?”

Pemuda itu menjawab, “Ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai dekat dengan laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa air laut, masin dan sedikit menggigit, sama seperti kopi masin ini.
Dan setiap saya minum kopi masin, saya selalu ingat masa kecil saya, ingat kampung halaman, saya sangat rindu kampung halaman saya, saya rindu kepada orang tua saya yang masih tinggal di sana.”

Begitu berkata kalimat terakhir, mata pemuda tersebut mula berkaca-kaca, dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus dari ucapan pemuda di hadapannya itu.

Gadis tersebut berfikir apbila seorang pemuda dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya, pasti pemuda itu mencintai rumahnya, ambil berat akan rumahnya dan mempunyai tanggung jawab terhadap rumahnya.

Kemudian gadis tersebut mula bercerita juga tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, dan keluarganya.

Suasana yang kaku tadi terus berubah menjadi sebuah perbincangan yang hangat yang akhirnya menjadi sebuah awal perkenalan yang indah dalam cerita mereka berdua.

Mereka akhirnya bercinta. Gadis cantik itu akhirnya merasakan bahawa pemuda itu walaupun tidak mempunyai perawakan yang tampan tetapi adalah seorang lelaki yang dapat memenuhi segala permintaannya, dia sangat mengambil berat, berhati baik, hangat.. betul-betul seseorang yang sangat baik tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki seperti itu!

Nasib baik ada kopi masin!

Kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta yang romantik. Puteri menikah dengan pemuda tersebut dan mereka hidup bahagia selamanya, dan setiap malam gadis cantik yang telah menjadi isteri pemuda itu membuat kopi untuk suaminya, ia meletakkan garam di dalamnya, kerana dia tahu bahawa itulah yang disukai oleh suaminya.

Setelah 40 tahun, lelaki tersebut meninggal dunia, dia meninggalkan sebuah surat yang tertulis,
“Sayangku yang tercinta, mohon maafkan saya, maafkan kalau seumur hidupku adalah bohong belaka. Hanya sebuah kebohongan yang aku katakan padamu … tentang kopi masin.

Ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama? Saya sangat gugup waktu itu, sebenarnya saya ingin minta gula tapi terminta garam. Sukar sekali bagi saya untuk menerangkan kepada kamu kerana kamu pasti akan merasa tertipu dan meninggalkan saya, jadi saya terus berbohong.

Saya tak pernah terfikir bahawa perkara itu ternyata menjadi awal komunikasi kita! Saya mencuba untuk berkata jujur selama ini, tapi saya terlalu takut melakukannya, kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongimu untuk satu perkara pun.

Sekarang saya sudah lemah, saya tidak takut apa-apa lagi jadi saya katakan padamu yang sejujurnya, saya tidak suka kopi masin, betul-betul aneh dan rasanya tidak sedap.

Tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu denganmu, dan saya tidak pernah sekalipun menyesal untuk segala sesuatu yang saya lakukan untukmu.

Memilikimu adalah kebahagiaan terbesar dalam seluruh hidupku. Jika saya dapat hidup untuk kedua kali, saya tetap ingin bertemu kamu lagi dan memilikimu seumur hidupku, meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.”

Air mata wanita tersebut jatuh berderai sehingga membuat surat itu menjadi basah.
Kemudian apabila ada seseorang yang bertanya padanya, apa rasanya minum kopi guna garam?

Wanita itu pasti menjawab, “Rasanya manis.”

Kadangkala anda merasa anda mengenal seseorang lebih baik dari orang lain, tapi tidak sedar bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.